
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dunia pendidikan adalah suatu perjuangan yang tiada nokhtah terakhir. Dunia pendidikan tiada simpang untuk dipilih simpang mana yang perlu dilalui. Namun setiap persimpangan akan melalui perbagai rintangan dan dugaan yang sentiasa menguji sejauh mana kita sebagai manusia kerdil mampu mengutip setitik dakwat dilautan ilmu.Hanya yang kuat dan tabah serta memilki keazaman sahaja mampu mengharungi setiap lambungan ombak yang mendatang. Inilah perjuangan dalam dunia pendidikan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Nasional.
- GURU BESAR SK PEREMBA : EN. KOSHIM B LEBAI AHMAD
Kekuatan sesuatu bangsa bukan terletak berapa jumlah dan kuantiti tetapi terletak kepada setinggi mana ilmu yang diperolehi. Kuasa ilmu tiada batasan dan alatan untuk mengukur tinggi atau dalamnya ilmu seseorang. Oleh yang demikian setiap individu yang dianugerahkan kesempurnaan akal dan fikiran tidak seharusnya menjadikan ilmu hanyalah kepada batasan tertentu sahaja. Setiap individu yang sempurna akal dan fikaran perlu pergi lebih jauh dan jauh dalam menimba setiap titik ilmu.
- GURU PENOLONG KANAN 1 : EN RADZLI B KASSIM
Minda yang cergas datang dari badan yang cergas. Kemampuan menimba ilmu perlu disertai dengan kecergasan badan yang mampu bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti yang direncanakan dengan baik. Kekuatan minda dan kekuatan tubuh badan adalah gabungan yang sejati dalam membentuk hidup yang lebih sempurna. Siapapun kita dan apapun yang kita lakukan perlu berdasarkan kepada perancangan yang baik dan teliti.
- GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM : EN. ZAMRI B KASA
Arus pendidikan dalam dunia hari ini adalah arus dan gelombang yang amat mencabar. Setiap individu tanpa mengira siapa dan di mana dia berada, pendidikan akan terus berlegar tanpa henti. Kemajuan sains dan teknologi mampu menjadikan seseorang dikatakan mundur dan ketinggalan . Sejarah tidak berubah namum kita adalah pencipta sejarah dalam dunia hari ini. Jika nokhtah yang kita pilih untuk menghadapi duni pendidikan ini maka kita tergolong dalam golongan yang akan mundur buat selama-lamanya. Mahukah kita memiliki warisan bangsa yang mundur dalam pelbagai bidang ? Tanya dan jawab demi Agama , Bangsa dan Negara.
- GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING : EN. MOHD SUHAIMI B ISMAIL